Isnin, 31 Disember 2007

Hubungi

Pusat Kebudayaan
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

Tel: 03-8921 5342
Fax: 03-8925 8810

Ketua Editor:
Rafie Hj. Mohammad
Ketua Pusat Kebudayaan
Tel: 03-8921 4740
Email: rafie@ukm.my


Editor:

Amar Baharudin
Pegawai Kebudayaan
Tel: 03-8921 4740
Email: amar@ukm.my


Zaiton Hasan
Pegawai Kebudayaan
Tel: 03-8921 3083
Email: hzaiton@ukm.my

Pereka:
Amar Baharudin (web)
Pegawai Kebudayaan
Tel: 03-8921 4740
Email: amar@ukm.my


Siti Norazilah Saharom (poster/banner)
Pereka Grafik
Tel: 03-8921 5240

Majlis Anugerah Seni UKM 2007


Majlis Anugerah Seni UKM 2007 merupakan anjuran Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia yang diadakan setiap tahun bagi menghargai mahasiswa dan kakitangan yang bergiat aktif dalam aktiviti kesenian kampus.

Tema tahun ini, "Kilauan & Gemerlapan (Keemasan)", dipilih untuk menggambarkan kecemerlangan para penggiat seni di UKM.

Antara anugerah yang akan dipertandingkan pada malam tersebut adalah:

  • Anugerah Seni Mahasiswa UKM
  • Anugerah Seni Mahasiswi UKM
  • Anugerah Penggiat Seni
  • Anugerah Seni Muzik UKM
  • Anugerah Seni Vokal UKM
  • Anugerah Seni Tampak UKM
  • Anugerah Pengurusan Seni UKM
  • Anugerah Pengurusan Seni Teknikal UKM
  • Anugerah Penerbitan Seni (Grafik) UKM
  • Anugerah Penerbitan Seni (Fotografi) UKM
  • Anugerah Penerbitan Seni (Video/Audio Visual) UKM
  • Anugerah Projek Terbaik
  • Anugerah Kumpulan Kesenian Teraktif
  • Anugerah Kolej Teraktif.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berkenaan:

Pn. Hazelina Ghazaly
+603-89213104 / hazelina@pkrisc.cc.ukm.my

Ahad, 30 Disember 2007

Muaturun

Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia menyediakan rangkaian perkhidmatan kepada pelajar dan kakitangan khususnya dan masyarakat amnya. Perkhidmatan kami merangkumi keperluan majlis atau acara seperti berikut:

Ruang Legar:
  • Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dewan Utama)
  • Panggung Seni (Panggung Teater)
  • Galeri Seni (Galeri Pameran)
  • Studio Tarian
  • Studio Muzik
  • Studio Teater
Borang Permohonan Penggunaan Ruang (37.6Kb; PDF)


Peralatan:

  • Peralatan Teknikal
  • Peralatan Muzik
  • Busana
  • Dekorasi Pentas
Borang Permohonan Peralatan (29.2Kb; PDF)


Borang-borang lain:

Rabu, 12 Disember 2007

Mengenai

Laman ini BUKAN laman web rasmi Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (PKBUKM). Ia bertujuan untuk mengiklan dan mempromosikan acara-acara atau majlis-majlis anjuran PKBUKM.

Semua maklumat yang disalurkan melalui laman ini hanya boleh dijadikan sebagai rujukan tidak rasmi. Sila hubungi pihak di bawah untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih.


Drs. Rafie Hj. Mohammad
Ketua Pusat Kebudayaan

Pusat Kebudayaan
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia


Tel: +60389215240/+60389213171
Fax: +60389258810
email: rafie@pkrisc.cc.ukm.my

Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1971 seiring dengan penubuhan UKM. Bermula dengan nama Unit Kebudayaan, ia mula ditubuhkan dengan hanya sebuah kumpulan penari teridiri daripada tiga orang.

Ia terus berkembang dari segi bilangan kakitangan, pertambahan kelas kokurikulum kesenian sehinggalah kepada kepelbagaian bidang yang diceburi. Pada tahun 2000 peranan Unit Kebudayaan dilihat sangat penting dan telah dinaiktaraf menjadi Pusat Kebudayaan dan menjadi tunjang kepada program kokurikulum kesenian di UKM. Kini ia sudah menjadi sebuah pusat perkembangan dan kemajuan kebudayaan dan kesenian untuk pelajar-pelajar dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia.


Peranan

Pusat Kebudayaan bertanggungjawab untuk mengendalikan dan merancang kegiatan kesenian pelajar dan warga kampus amnya. pusat ini juga bertanggungjawab untuk mengembang dan mewujudkan satu kebudayaan yang berasaskan kepada Dasar Kebudayaan rakyat rantau ini disamping menerapkan unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar. Islam merupakan teras dalam pembentukan Dasar Kebudayaan yang menjadi pegangan Pusat Kebudayaan.


Falsafah

Kesenian itu adalah keindahan yang hanya mampu dinikmati oleh makhluk Allah s.w.t bernama insan yang akalnya sihat dan emosinya seimbang.


Dasar Pusat Kebudayaan

  • Mengusahakan penjanaan kepekaan mahasiswa terhadap lingkungan budaya sehingga mereka akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan baru, terutama untuk kepentingan profesion mereka.
  • Memberi kesempatan kepada mahasiswa untuk memperluaskan pandangan mereka tentang masalah kemanusiaan atau budaya.
  • Memampatkan peranan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai penanung dan juga pencetus kehidupan berbudaya di dalam dan sekitar kampus.

Masa Berurusan

Pejabat pentadbiran Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM di Dewan Canselor Tun Abdul Razak dibuka pada lima hari waktu bekerja setiap minggu pada masa berikut:

Isnin – Khamis : 8.00 pg – 1.00 ptg & 2.15ptg – 5.30 ptg
Jumaat : 8.00 pg – 12.15 tgh & 2.30 ptg – 5.30 ptg
Sabtu & Ahad : Tutup

Namun Pusat Kebudayaan tetap akan beroperasi seperti biasa di luar waktu pejabat termasuk Sabtu dan Ahad bagi menjayakan seseuatu acara atau majlis.