Jumaat, 27 Februari 2009

Apresiasi Seni (Mac '09) Busana Bangsawan



Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM akan meneruskan lagi pameran bulanan mereka, Apresiasi Seni bagi bulan Mac ’09 dengan temanya Busana Bangsawan. Kali ini, pameran ini akan menampilkan koleksi busana Pusat Kebudayaan bagi golongan bangsawan bagi setiap negeri di Malaysia.

Pameran sebegini diharapkan dapat menarik minat warga kampus khususnya dan masyarakat setempat amnya tentang keunikan pakaian-pakaian tradisional disamping dapat menanam rasa cintakan warisan budaya bangsa.

Semua dijemput melawat ke Apresiasi Seni Mac ’09 (Busana Bangsawan):

5 Mac – 28 April 2009
9.00 pagi – 4.00 petang

Galeri Seni, DECTAR UKM



Selasa, 17 Februari 2009

Festival Seni Tari UKM 2009




Pusat Kebudayaan dan Kolej Ibu Zain UKM mempelawa semua warga UKM dan warga sekitar Lembah Kelang untuk hadir ke Festival Seni Tari Malaysia 2009 (Malam Gerak Gemalai) yang akan diadakan pada 27 dan 28 Februari 2009, 8.30 malam bertempat di Panggung Seni DECTAR, UKM.

Saksikan persembahan menarik berkonsepkan pertandingan tarian bagi kategori Asli dan kreatif dari Kolej kediaman UKM pada 27 Februari 2009 dan pada 28 Februari 2009 persembahan tarian tradisional dan kreatif dari Kumpulan Tarian yang diundang khas dari sekitar Lembah Kelang seperti UNITEN, UPM, UiTM, ASWARA, USIM, Kolej Makmal Perubatan Kuala Lumpur dan juga persembahan dari Kumpulan Tarian Aadyamatra ARTISUKMA.

Jumaat, 13 Februari 2009

Mesyuarat Kelab Pengantarabangsaan ARTISUKMA

Kelab Pengantarabangsaan ARTISUKMA UKM akan mengadakan mesyuarat pertama bagi membincangkan hal-hal seperti di dalam agenda di bawah. Maklumat mesyuarat adalah seperti berikut:

Mesyuarat Kelab Pengantarabangsaan ARTISUKMA UKM
17 Februari 2009 (Selasa)
8.30 malam
Bilik Mesyuarat Pusat Kebudayaan UKM


Antara agenda mesyuarat adalah:
  • Peraturan
    - Beretika dalam berpakaian
    - Memberi komitmen
    - Konsisten terhadap tugas
    - Memberi kerjasama antara ahli
    - Hormat antara satu sama lain
  • Yuran keahlian
  • Pendaftaran nama kelab di bawah Persatuan ARTISUKMA
  • Aktiviti
  • Hal-hal lain
Semua yang berminat untuk menyertai kelab Pengantarabangsaan ARTISUKMA UKM digalakkan hadir.

Mesyuarat Kelab Pengacara Majlis ARTISUKMA

Kelab Pengacara Majlis ARTISUKMA UKM akan mengadakan mesyuaratpertama bagi semester ini bagi membincangkan hal-hal seperti di dalam agenda di bawah. Maklumat mesyuarat adalah seperti berikut:

Mesyuarat Kelab Pengacara Majlis ARTISUKMA UKM
17 Februari 2009 (Selasa)
9.30 malam
Bilik Mesyuarat Pusat Kebudayaan UKM

Antara agenda mesyuarat adalah:
  • Peraturan
    - Beretika dalam berpakaian
    - Memberi komitmen
    - Konsisten terhadap tugas
    - Memberi kerjasama antara ahli
    - Hormat antara satu sama lain
  • Logo dan slogan
  • Yuran keahlian
  • Nama kelab
  • Pendaftaran nama kelab di bawah Persatuan ARTISUKMA
  • Aktiviti
  • Hal-hal lain
Semua yang berminat untuk menyertai kelab Pengacara Majlis ARTISUKMA UKM digalakkan hadir.

Rabu, 11 Februari 2009

Kembara Seni ARTISUKMA 2009



Sukacita dimaklumkan bahawa Urusetia ARTISUKMA dan Pusat Kebudayaan JPPel akan mengadakan Kembara Seni ARTISUKMA pada 23 hingga 26 Februari 2009 di paras 4 & 5 Bangunan Pusanika UKM.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan semua ahli kelab kesenian kepada persembahan terbuka untuk dikenali dengan lebih rapat oleh masyarakat kampus. Disamping itu ia juga sebagai langkah promosi yang sihat ke arah kampus yang ceria dan produktif.

Semua dijemput untuk memeriahkan dan mendekati kelab-kelab di bawah Urusetia ARTISUKMA di paras 4 & 5 Bangunan Pusanika UKM dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang pada tarikh-tarikh berikut:

23 Feb 2009
  • * Nasyid
  • * Teater
  • * Koir
  • * Orkestra Tradisional

24 Feb 2009
  • * Tarian
  • * Silat Gayung Fatani
  • * Silat Cekak Hanafi
  • * Dikir Barat

25 Feb 2009
  • * Rebana Ubi/Kompang
  • * Silat Gayung Malaysia
  • * Muzik Gamelan
  • * Silat Cekak Malaysia

26 Feb 2009
  • * Gendang Silat/Angklung
  • * Cak Lempong
  • * Brass Band
  • * Muzik Moden

Selasa, 10 Februari 2009

Keputusan Pesta Pantun Bestari 2009


Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya
dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara Malaysia telah menganjurkan Pesta Pantun Bestari 2009 pada 6 dan 7 Februari yang lalu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Universiti Kebangsaan Malaysia telah menghantar seramai 4 orang peserta yang diringi oleh Pegawai Kebudayaan, Cik Zaiton Hasan. UKM berjaya mempertahankan kejuaraan dan mengaut hadiah wang tunai RM1500.00 beserta piala pusingan.

Selain itu, kejayaan itu bertambah manis apabila UKM sekali lagi menggondol piala bagi kategori Pemantun Terbaik tahun ini oleh Saudari Asmalia Hj. Md Lasim, pelajar tahun akhir Sains BioPerubatan FSKB yang membawa pulang RM300.00.

Berikut merupakan senarai pemenang Pesta Pantun Bestari 2009:

Tempat Pertama
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tempat Kedua
Institut Perguruan Bahasa Melayu

Tempat Ketiga
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Pemantun Terbaik
Asmalia Hj. Md Lasim (UKM)

Tahniah diucapkan kepada pemenang!

.

Khamis, 5 Februari 2009

Forum/Dialog Seni UKM 2009



Pusat Kebudayaan JPPel UKM akan mengadakan forum yang berbentuk perbincangan mengenai halatuju pengurusan seni secara lebih terperinci supaya para pelajar dapat mengimbangi bidang seni ini dalam skop pratikal dan ilmiah. Topik yang menjadi pilihan pada tahun ini adalah:

"Sejauh mana Kebudayaan dan Kesenian Dapat Membantu memantapkan Perpaduan Bangsa"

Di antara ahli-ahli panel yang terlibat adalah seperti berikut:

Prof. Dr. Teo Kok Seong
Felo Penyelidik Utama
Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia

Puan Hajjah Norsiah Sobri
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

En. Ravi Shanker Ramamurthy
Aktivis Seni

Dan pihak yang bertanggungjawab menjadi perantara pada dialog tersebut adalah:

Dr. Jowati Johari
Pengarah Pusat Pengajian Umum & Bahasa
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
Kuala Lumpur

Forum/dialog seni ini terbuka kepada semua.

Seminar Pengurusan Seni Budaya UKM 2009
Tarikh: 7 & 8 Februari 2009
Masa: 8:00 a.m. - 10:00 p.m.
Tempat: Panggung Seni, DECTAR UKM & Bilik Pratonton