Khamis, 31 Januari 2008

Festival Seni Tari Malaysia UKM 2008

Click on image to enlarge

Festival ini merupakan program yang diwujudkan bertujuan untuk memastikan elemen-elemen kebudayaan khususnya di dalam bidang sanitari tradisional (asli) akan terus dipertahankan dan mencipta idea-idea baru di samping mencungkil bakat-bakat baru di kalangan mahasiswa di peringkat Institusi-institusi Pengajian Tinggi.

Program ini juga berhasrat memantapkan lagi kumpulan-kumpulan kesenian di peringkat IPT selaras dengan perkembangan pesat dalam bidang kesenian sebagai salah satu pengisian kepada industri pelancongan yang semakin pesat dan berkembang maju.

Festival ini merupakan anjuran bersama Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Bahagian Kebudayaan & Kesenian Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain UKM yang akan disertai oleh wakil tari IPTA dan Badan Gabungan NGO.

Tarikh: 23 Febuari 2008
Masa: 8.30 Malam
Tempat: Panggung Seni, DECTAR UKM

Apresiasi Kesenian Malaysia Indonesia (Lawatan sambil belajar)

Pusat Kebudayaan UKM dan Urusetia ARTISUKMA akan mengadakan Kunjungan Budaya ke Universitas Indonesia dan Universitas Negeri Jakarta Indonesia pada 13 - 19 Febuari 2008.

Di antara objektif program ini diadakan adalah:

  • Memperkenalkan kebudayaan Malaysia di Indonesia
  • Bertukar-tukar fiiran dengan pelajar-pelajar Universitas Indonesia dan Universitas Negeri Jakarta Indonesia demi kepentingan bersama dalam bidang kebudayaan dan kesenian.
  • Memberi pendedahan kepada ahli-ahli kesenian ARTISUKMA Universiti Kebangsaan Malaysia dalam perkembangan kesenian serantau.


  • Delegasi ini akan disertai oleh 5 orang pegawai universiti yang diketuai oleh Y.Bhg Prof. Dato' Dr. Wahid Samsudin, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni) dan 35 orang pelajar. Di antara pengisian program adalah diskusi mengenai kebudayaan dan kesenian dan pertukaran persembahan kebudayaan.

    Rabu, 30 Januari 2008

    Seminar Pengurusan Seni Budaya UKM 2008

    Pusat Kebudayaan dan ARTISUKMA UKM akan menganjurkan Seminar Pengurusan Seni Budaya UKM 2008 pada 2 dan 3 Febuari 2008, jam 9 pagi hingga 10 malam bertempat di Panggung Seni DECTAR, UKM.

    Sasaran peserta seminar adalah para pelajar yang terlibat secara langsung dalam pengurusan program-program kebudayaan dan kesenian di kampus khususnya dari kumpulan kesenian ARTISUKMA, PMUKM, persatuan-persatuan pelajar dan kolej-kolej kediaman di UKM.

    Antara tujun diadakan seminar tersebut adalah untuk meningkatkan mutu pengurusan organisasi seni budaya, membina semangat kerja berkumpulan di samping memupuk kreativiti serta menjalin kerjasama sesame peseta dan kumpulan-kumpulan kesenian d UKM.

    Pihak penganjur mengalu-alukan bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai seminar ini. Untuk maklumat lanjut mengenai seminar, sila hubungi urus setia (Encik Roslam Abd Salam) di talian 03-89215343/5342 atau emel roslanas@ukm.my

    Jumaat, 18 Januari 2008

    Malam Kesenian Pantai Timur

    Click on the image to enlarge.


    Dikir Barat merupakan salah satu daripada kebudayaan dan kesenian yang amat popular terdapat di negeri pantai timur terutamanya di Kelantan. Pusat Kebudayaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) ingin meningkatkan martabat kesenian dikir barat dan rasa sayang dan menghargai khazanah seni budaya bangsa yang seterusnya dapat menyuburkan lagi kebudayaan kebangsaan.

    Sehubungan dengan ini, kami mengambil kesempatan untuk mengadakan "Malam Kesenian Pantai Timur UKM 2008" yang diadakan untuk kali kelima. Bagi mempersembahkan pelbagai kesenian dari Pantai Timur seperti Dikir Barat, Muzik Wayang Kulit, Rebana Ubi, Kertuk dan tarian Mak Yong sebagai lambang kebudayaan bangsa melayu.

    Semua dijemput hadir ke Malam Kesenian Pantai Timur UKM 2008 yang akan diadakan pada:

    Tarikh : 26 Januari 2008 (Sabtu)
    Masa : 8.30 malam
    Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)

    Masuk adalah percuma!

    Khamis, 3 Januari 2008

    Temuduga Pengacara Majlis Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia

    Bertanggungjawap sebagai pengacara untuk majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi anjuran Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Ciri-ciri yang dicari:

  • warga UKM (pelajar/kakitangan)
  • lelaki/perempuan
  • fasih berbahasa Malaysia

  • berpewatakan menarik
  • tidak gemuruh apabila berhadapan dengan penonton yang ramai
  • bijak mengendali acara ketika di atas pentas
  • berpengalaman/tidak berpengalaman

    Faedah:
  • sijil penghargaan
  • pengalaman mengacara majlis yang dihadiri tetamu-tetamu kehormat
  • berpeluang mempelajari teknik-teknik yang betul dalam pengacaraan
  • berpeluang diserap bekerja di Pusat Kebudayaan


    Jika berminat, sila hubungi kami untuk sesi temuduga:

    En. Amar Baharudin
    Pegawai Pusat Kebudayaan
    Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
    Universiti Kebangsaan Malaysia

    Tel: +603-89213171
    Email: amar@ukm.my

  • Kumpulan Dikir Barat Tunas Warisan ARTISUKMA UKM Johan Pertandingan Dikir Barat MAKUM 2007

    Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Dikir Barat Tunas Warisan ARTISUKMA UKM kerana berjaya merangkul gelaran JOHAN yang membawa pulang Piala Pusingan, Piala Iringan dan Wang Tunai sebanyak RM3000.00 dan Tukang Karut Terbaik (Saudara Mohd Zahari bin Sa’amah, FSSK tahun 3, Program Kebudayaan dan Kesenian Melayu) bersama Wang Tunai RM500.00 sempena Pertandingan Dikir Barat Peringkat MAKUM 2007 yang diadakan pada 26-27 Disember 2007 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

    Manakala Naib Johan disandang oleh Universiti Malaya (UM) dan Tempat Ketiga adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pertandingan tersebut disertai oleh 14 buah IPTA di Malaysia. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Terengganu mewakili Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.