Selasa, 15 Julai 2008

Pertandingan Deklamasi Puisi Anti Rasuah UKM 2008



Hadirin sekalian, mempelajari puisi satu-satu masyarakat dengan sendirinya bererti mengenal inti kehidupan masyarakat, cara berfirkir dan kebiasaan-kebiasaan umum dalam masyarakat tersebut. Pendekatan ini dilihat paling tepat dalam menerapkan serta membentuk nilai intergriti dan anti-rasuah di peringkat kampus kepada mahasiswa dan mahasiswi. Justeru itu, Sekretariat Pencegah Rasuah UKM, Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan Badan Pencegah Rasuah Malaysia menganjurkan Pertandingan Deklamasi Puisi Anti-Rasuah UKM ini.

Antara objektif diadakan pertandingan ini adalah untuk menerapkan nilai anti-rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di kalangan mahasiswa mahasiswi kampus khususnya UKM. Selain itu, ia juga diharapkan dalam mendedahkan mahasiswa mahasiswi UKM kepada program-program pencegahan rasuah dan menjadikan mereka sebagai penyampai mesej anti-rasuah kepada masyarakat kampus dan luar kampus.

Selain sepuluh peserta yang akan menyampaikan puisi masing-masing, persembahan menarik juga akan dihidangkan termasuklah Dekon "Hitam" oleh Kelab Teater Rimba Artisukma, persembahan lagu-lagu puisi oleh Kumpulan Kebudayaan Badan Pencegah Rasuah Malaysia serta deklamasi puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk Dr. A. Samad Said.

Semua dijemput hadir ke pertandingan ini pada:

Tarikh: 26 Julai 2008
Masa: 8.00 malam
Tempat: Panggung Seni



Tiada ulasan: