Khamis, 13 Mac 2008

Festival Pantun UKM 2008



Pusat Kebudayaan UKM dan Urusetia ARTISUKMA UKM berhasrat untuk mengembalikan kegemilangan budaya pantun dalam masyarakat kini sejajar dengan perkembangan dan kemajuan masyarakat Malaysia dengan menganjurkan FESTIVAL PANTUN UKM 2008.


Pantun spontan akan dijalankan dengan mengetengahkan konsep komunikasi seharian dalam bentuk pantun.Konsep perlaksanaannya tidak sama dengan konsep pertandingan pantun biasa. Antara objektif diadakan festival ini termasuklah bagi mempraktikkan budaya pantun dalam erti kata yang sebenarnya seperti yang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu zaman dahulu selain dapat menguji kecekapan dan kepantasan berfikir secara kritis di kalangan peserta.
Festival Pantun UKM 2008 akan diadakan seperti berikut:


Tarikh: 14-17 Mac 2008
Masa: 9.00 pagi – 11.00 malam
Tempat: Panggung Seni, UKM


Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Cik Zaiton Hassan di talian 03-89215380 atau 019 330 7745. Semua dijemput hadir.

Tiada ulasan: