Khamis, 29 Januari 2009

Antologi Puisidra Sains Kebangsaan 1993 -2000


Antologi Puisidra Sains Kebangsaan 1993 - 2000

© Pusat Kebudayaan UKM 2003

ISBN 983-41353-1-9
Harga: RM 35.00
Size: A5
Halaman: 348 ms

Antologi Puisidra Sains Kebangsaan merupakan himpunan hasil nukilan para pelajar Sekolah Menengah Rendah daripada setiap negeri di Malaysia yang terpilih ke Pertandingan Puisidra Sains Peringkat Kebangsaan anjuran Pusat Kebudayaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Puisi yang bertemakan Sains Teknologi dan Alam Sekitar ini dikumpul sejak tahun 1993 hingga 2000 [...]

Khamis, 22 Januari 2009

Alat Muzik Tradisional


Alat Muzik Tradisional

© Pusat Kebudayaan UKM 2002

ISBN 983-41353-0-0
Harga: RM 15.00
Size: A4
Halaman: 40 ms

Alat Muzik Melayu Tradisi merupakan jatidiri seni budaya Melayu yang seharusnya dikenali dan dipelajari.

Terdapat empat kategori alat muzik yang diklasifikasikan seperti berikut:

i. Erofon
ii. Idiofon
iii. Kordofon
iv. Membranofon




Sila hubungi Cik Zaiton Hasan di talian 03-8921 3083 atau hzaiton@ukm.my.

Jumaat, 16 Januari 2009

Konsert Dikir Barat UKM 2009



Pusat Kebudayaan dan Kelab Dikir Barat Tunas Warisan ARTISUKMA akan mengadakan Konsert Dikir Barat UKM 2009 bagi menyambung tradisi acara tahunan yang gilang gemilang ini. Kali ini Kelab Tunas Warisan akan berkolaborasi dengan Kumpulan Sri Perindu dari UiTM Shah Alam dalam satu persembahan khas.

Antara pendikir jemputan pada malam itu adalah:
  • Meli Mahligai
  • Jen Endoro
  • Azmi Intan Berlian
  • Ismail Baju Jarang
  • Shabini
Konsert ini terbuka kepada semua dan masuk adalah percuma. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk berdikir di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM pada 24 Januari 2009, jam 8.00 malam.

Jom pakat mari ramai-ramai kito kelih konsert dikir barat!


Rabu, 14 Januari 2009

Galeri Video Puskeb!


Kini Pusat Kebudayaan telah membuka channel videonya di YouTube.
Alamatnya adalah http://www.youtube.com/user/puskeb

Di sini saya kepilkan satu sample untuk anda semua. Semoga terhibur!


Isnin, 12 Januari 2009

Keputusan Malam Anugerah Seni UKM 2008



1. Seni Bela Diri -Sdri Nurziatul Shuhadah Md Idris Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia

2. Seni Muzik -Sdra Mohd Shukri Ismail Kumpulan Nasyid Firasat Inzar ARTISUKMA

3. Seni Vokal - Ang Wei Eng Kumpulan Koir ARTISUKMA

4. Pengurusan Seni - Sdri Suriani Nunurung Kumpulan Pengurusan Seni ARTISUKMA

5. Pengurusan Teknikal - Sdra Mohd Zaki Suib Kumpulan Pengurusan Teknikal ATISUKMA

6. Seni Teater - Sdra Mohd Faizal Fadzil Kumpulan Teater Rimba ARTISUKMA

7. Seni Tari - Sdra Mohd Zahir Hafizi Safian Kumpulan Tarian Aadyammmtra ARTISUKMA

8. Penerbitan Seni (Grafik) - Puan Insyirah Mohd Nor UKM Idol 2008

9. Penerbitan Seni (Fotografi) - En. Abd. Ra'ai Osman Festival Teater UKM 2008

10. Penggiat Seni Kampus - En. Khairul Nizam Zaini Jurulatih Kump. Kertuk & Rebana Ubi, Kump. Kompang, Kump. Jidor dan Kump. Muzik Asli ARTISUKMA

11. Kumpulan / Kelab Teraktif - Kumpulan Tarian Aadyamaatra ARTISUKMA, Kumpulan Pengurusan Seni ARTISUKMA, Kumpulan Teater Rimba ARTISUKMA

12. Kolej Teraktif
a) Kolej Teraktif Emas -Kolej Burhanuddin Helmi
b) Kolej Teraktif Perak - Kolej Pendeta Za'ba
c) Kolej Teraktif Gangsa - Kolej Ungku Omar Pemenang.

13. Kategori Anugerah Khas Juri
Pertama - Sdra Herman Aziz Kumpulan Pengurusan Seni, ARTISUKMA
Kedua - Sdra Buvanis Karuppiah Kumpulan Trian Aadyamaatra, ARTISUKMA
Ketiga - Sdra Anwar Mohd Zulkifli Kumpulan Teater Rimba, ARTISUKMA

14. Anugerah Khas Naib Canselor - Sdra Hoo Choon Lih Kumpulan Orkestra Tradisional dan Kumpulan Koir, ARTISUKMA.

15. Anugerah Seni Mahasiswa - Mohd Zahir Hafizi Safian Kumpulan Tarian Aadyammmtra ARTISUKMA

16. Anugerah Seni Mahasiswi - Suriani Nunurung Kumpulan Pengurusan Seni ARTISUKMA


Video selingan anugerah sedang diusahakan; dalam proses potongan mengikut kategori. Harap maklum.

Ahad, 11 Januari 2009

Malam Merah, Hitam & Putih

Malam Anugerah Seni UKM 2008 berlalu sudah. Telah banyak yang berlaku dari depan hinggalah ke belakang tabir. Persiapan akhir untuk MAS '08 telah bermula sejak bulan September lagi. Setiap urusetia yang terdiri daripada kakitangan PusKeb dan pelajar-pelajar kesenian bertungkus lumus bagi memastikan MAS berjalan dengan lancar. Titik peluh ini semua khusus untuk pelajar-pelajar seni UKM yang dikasihi.

Pelbagai pembaharuan telah cuba dilakukan oleh PusKeb sendiri bagi memastikan MAS '08 menimbulkan kelainan dari tahun-tahun sebelumnya. Dan seperti yang dapat dilihat, MAS kali ini mendapat sambutan baik dari barisan Tetamu Jemputan Khas (VIP). Malah YBhg. Dato' VC sendiri dilihat tergelak besar menonton video yang disediakan. Tahun ini juga pentas MAS dihiasi dengan dekorasi yang lebih menarik bagi menjadikan malam anugerah ini lebih gilang gemilang, malah MAS '08 mendapat lebih banyak tajaan dari sebelum ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu, betapa SUSAHnya untuk menghasilkan tayangan video bagi setiap kategori itu. Yalah, untuk meyakinkan dan mengumpul setiap kakitangan PusKeb termasuk ketua pusatnya sendiri untuk beraksi di hadapan kamera bukanlah satu kerja yang mudah. Namun kepuasan jelas terpapar di wajah masing-masing apabila melihat riaksi penonton. Harap anda semua terhibur dengan persembahan kami. :D

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Ingatlah bahawa sesuatu anugerah yang diberikan bukanlah satu titik noktah kepada usaha kita selama ini. Tetapi ianya merupakan pemulaan kepada sesuatu yang lebih baik dan pemangkin supaya kita lebih banyak memberi sumbangan. Tahniah juga kepada calon-calon kerana pencalonan itu sendiri membuktikan bahawa anda sudah pun menang! Kepada mereka yang tidak berjaya, jangan khuatir untuk mencuba lagi. Tentu ada ruang untuk orang yang berusaha.

Akhir kata saya mewakili pihak pengajur memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepangjang MAS '08 berlangsung.

Kesenian itu adalah keindahan yang hanya mampu dinikmati oleh makhluk Allah s.w.t bernama insan yang akalnya sihat dan emosinya seimbang.


Amar Baharudin

Khamis, 8 Januari 2009

Prosedur Permohonan Kelulusan Projek/Kewangan


1.


Penyediaan Kertas Kerja

Menyediakan kertas kerja selewat-lewatnya 6 bulan/1 tahun sebelum projek.

(Tertakluk kepada jenis dan saiz projek)

2.


Perbincangan / Penilaian Kertas Kerja Bersama Pegawai Pusat Kebudayaan JPPel.

Perbentangan cadangan kertas kerja bersama Pegawai Pusat Kebudayaan bagi tujuan semakan/pembetulan dan penambahbaikan.

(Tertakluk kepada peraturan aktiviti kebudayaan/kesenian kampus)

3.


Memohon Kelulusan Projek & Kewangan Kepada JPP melalui Pusat Kebudayaan

Setiap permohonan kelulusan projek/kewangan bagi projek kebudayaan/kesenian perlu melalui Pusat Kebudayaan untuk pengesahan dan sokongan.

4.


Penerimaan Surat Kelulusan

Setelah menerima surat kelulusan dari Pusat Perkembangan Pelajar. – Persiapan pelaksanaan projek boleh dijalankan.

Penyelaras & Pembimbing Kelas-Kelas Kesenian di bawah Urusetia Artisukma

Untuk makluman, diantara tugas penyelaras dan pembimbing kelab-kelab kesenian di bawah Urusetia Artisukma ialah seperti berikut:

1. Bertanggungjawab membimbing pengurusan pentadbiran kelab
2. Bertanggungjawab membimbing dan melatih ahli-ahli kelab dalam bidang kesenian yang ditetapkan
3. Bertanggungjawab di atas kebajikan ahli-ahli kelab



Penyelaras dam pembimbing kelab-kelab kesenian di bawah Urusetia Artisukma adalah seperti berikut:

Jurulatih/Penasihat Kelab (33kb; PDF)

(Untuk muat turun, right-click dan pilih save link as... )


Prosedur Permohonan Peruntukan Kewangan

Maklumat Prosedur Permohonan Peruntukan Kewangan Penganjuran
Projek Kebudayaan/Kesenian Anjuran Kelab-Kelab
Urusetia ARTISUKMA

Projek-projek anjuran kelab-kelan di bawah Urusetia ARTISUKMA boleh memohon sumbangan peruntukan kewangan daripada Pusat Perkembangan Pelajar yang bertanggungjawab melulus dan menyelaras semua aktiviti-aktiviti anjuran persatuan dan kelab pelajar termasuklah aktiviti kebudayaan & kesenian.

Sementara peruntukan kewangan bagi Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar adalah khusus bagi projek rasmi Universiti anjuran Pusat Kebudayaan JPPel.

Rabu, 7 Januari 2009

Apresiasi Seni (January '09) Karikatur & Kartun


Pameran Apresiasi Seni Rupa (Karikatur) UKM 2009 sedang berlangsung dari 7 Januari - 28 Februari 2009 bertempat di Galeri Seni DECTAR, UKM. Antara tujuan pameran ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan tentang seni tampak karikatur di kalangan pelajar-pelajar dan orang ramai di samping menanam minat terhadap bidang ini.

Pelukis dalam dan luar kampus telah menyumbang karya mereka dalam pameran ini. Dijemput beramai-ramai mengunjungi pameran ini yang dibuka dari 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila hubungi penyelaras pameran, En. Amar Baharudin di talian 03-8921 4740 atau email amar@ukm.my.


Khamis, 1 Januari 2009

Aktiviti Kebudayaan dan Kesenian Januari - Disember 2009

1. Apresiasi Seni Rupa UKM 2009 (Bulanan)
Tarikh : 7 Januari hingga 28 Februari 2009
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Galeri Seni UKM
Konsep : Karikatur & Kartun
Penyelaras : En. Amar Baharudin


2. Malam Anugerah Seni UKM 2008
Tarikh : 9 Januari 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : DECTAR UKM
Konsep : Semarak Kasih di Persada Seni
Penyelaras : Pn. Hazelina Ghazaly


3. Konsert Dikir Barat UKM 2009
Tarikh : 24 Januari 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : DECTAR
Penyelaras : En. Aajazahmad Mustaqvim


4. Forum/ Dialog Seni ‘Sejauh Mana Kebudayaan dan Kesenian Dapat Membantu Memantapkan Perpaduan Bangsa’
Tarikh : 7 Februari 2009
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Panggung Seni UKM
Penyelaras : Pn. Siti Syarina Abdul Khalid


5. Seminar Pengurusan Seni Budaya UKM 2009
Tarikh : 7-8 Februari 2009
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Panggung Seni UKM
Penyelaras : En. Roslan Abd. Salam


6. Festival Seni Tari Malaysia 2009
Tarikh : 27-28 Februari 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Panggung Seni UKM
Konsep : Tradisional dan Kreatif
Penyelaras : Pn. Hazelina Ghazaly


7. Apresiasi Seni Rupa UKM 2009 (Bulanan)
Tarikh : 5 Mac – 28 April 2009
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Galeri Seni UKM
Konsep : Busana Golongan Bangsawan
Penyelaras : En. Amar Baharudin


8. Pesta Pantun UKM 2009
Tarikh : 13-16 Mac 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Panggung Seni UKM
Penyelaras : Cik Zaiton Hasan


9. Festival Seni Inter Kolej UKM 2009 (seni tari, seni teater dan seni muzik)
Tarikh : 25-29 Mac 2009
Masa : 2.30 – 5.00 petang dan 8.30 malam – 11.00 malam
Tempat : Panggung Seni dan DECTAR UKM
Penyelaras : Cik Noor Faliza Hanim Roslan


10. Minggu Manifestasi UKM 2009
(seni lakon, seni rupa, seni muzik, seni tari dan seni mempertahankan diri)
Tarikh : 9-11 April 2009
Masa : 9.00 pagi – 11.00 malam
Tempat : DECTAR/ Panggung Seni/Pusanika UKM
Penyelaras ; En. Aajazahmad Mustaqvim


11. Bengkel Seni Muzik Tradisional UKM 2009
Tarikh : 9-11 Mei 2009
Masa : 9.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : DECTAR UKM
Penyelaras : En. Mohamad Adzan Mohd Fadzil


12. Bengkel Seni Rupa UKM 2009
Tarikh : 9-11 Mei 2009
Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Galeri Seni dan Anjung Seni UKM
Konsep : Seni Kraftangan
Penyelaras : En. Amar Baharudin


13. Bengkel Seni Teater UKM 2009
Tarikh : 9-13 Mei 2009
Masa : 9.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Panggung Seni UKM
Konsep : Bangsawan
Penyelaras: En. Mohamadiani Hj. Kasian


14. Bengkel Seni Tari UKM 2009
Tarikh : 9-13 Mei 2009
Masa : 9.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Studio Tarian UKM
Konsep : Tarian Tradisional Negeri Perlis
Penyelaras: Pn. Rosmalinda Abu Samah


15. Pameran RASA Alam UKM 2009
Tarikh : 13 Mei – 13 Jun 2009
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Galeri Seni dan Anjung Seni UKM
Penyelaras : Cik Zaiton Hasan


16. Khidmat Seni Masyarakat UKM 2009
Tarikh : 15-20 Mei 2009
Tempat : Kampung Pulau Manis, Pahang
Penyelaras : En. Roslan Abd. Salam


17. Apresiasi Seni Rupa UKM 2009 (Bulanan)
Tarikh : 22 Jun – 28 Julai 2009
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Galeri Seni UKM
Konsep : Perkahwinan Serumpun
Penyelaras : En. Amar Baharudin


18. Bengkel Seni Vokal UKM 2009
Tarikh : 15-19 Jun 2009
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Panggung Seni UKM
Penyelaras : En. Mohamad Adzan Mohd Fadzil


19. Bintang Klasik UKM 2009
Tarikh : 20 Jun 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Panggung Seni UKM
Konsep : Era 70an
Penyelaras: Pn. Siti Syarina Abdul Khalid



20. Malam Tunas Seni UKM 2009
Tarikh : 3 Julai 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : DECTAR UKM
Konsep : Drama Muzikal
Penyelaras : Pn. Hazelina Ghazaly


21. Bengkel Muzik Orkestra UKM 2009
Tarikh : 4-10 Julai 2009
Masa : 9.00 pagi - 11.00 malam
Tempat : Panggung Seni UKM
Penyelaras: Pn. Hazelina Ghazaly


22. Konsert Gamelan Malaysia UKM 2009
Tarikh : 11 Julai 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : DECTAR UKM
Konsep : Tradisional dan Kreatif
Penyelaras : En. Mohamad Adzan Mohd Fadzil


23. Konsert DiRaja UKM 2009
Tarikh : 25 Julai 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : DECTAR UKM
Penyelaras : En. Rafie Hj. Mohammad


24. Arena Pendekar UKM 2009
Tarikh : 31 Julai 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : DECTAR UKM
Laporan : i. persiapan sedang berjalan
Penyelaras : En. Roslan Abd. Salam


25. Apresiasi Seni Nur Islam UKM 2009
Tarikh : 20 Ogos – 28 September 2009
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Galeri Seni UKM
Konsep : Kesenian Islam Sempena Bulan Ramadhan
Penyelaras : Cik Zaiton Hasan


26. Persembahan Kebudayaan Sempena Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen UKM 2009
Tarikh : 5 Ogos 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dataran Gemilang
Penyelaras: Pn. Hazelina Ghazaly


27. Pertandingan Permainan Warisan Rakyat UKM 2009
Tarikh : 7 Ogos 2009
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dataran Gemilang UKM
Penyelaras : En. Amar Baharudin


28. Festival Seni Pentas Inter-Kolej UKM 2009
Tarikh : 9 Ogos 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dataran Gemilang
Penyelaras : Cik Noor Faliza Hanim Roslan


29. Gema Seni Merdeka UKM 2009
Tarikh : 15 Ogos 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : DECTAR UKM
Penyelaras : Pn. Hazelina Ghazaly


30. Apresiasi Puisi Ramadhan UKM 2009
Tarikh : 9 September 2009
Masa : 3.00 petang – 6.00 petang
Tempat : Anjung Seni
Penyelaras : En. Mohamadiani Hj. Kasian

31. Apresiasi Seni Rupa UKM 2009 (Bulanan)
Tarikh : 7-28 Oktober 2009
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Galeri Seni
Konsep : Seni Kraftangan
Penyelaras : En. Amar Baharudin


32. Bengkel Seni Muzik Keroncong UKM 2009
Tarikh : 9-10 Oktober 2009
Masa : 9.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Panggung Seni UKM
Penyelaras : En. Mohamad Adzan Mohd Fadzil


33. Festival Lagu-Lagu Keroncong UKM 2009
Tarikh : 11 Oktober 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Panggung Seni UKM
Penyelaras: En. Mohamad Adzan Mohd Fadzil


34. Festival Seni Tari MAKUM 2009
Tarikh : 15-18 Oktober 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : DECTAR UKM
Penyelaras : Pn. Hazelina Ghazaly


35. Minggu Manifestasi Seni UKM 2009
(seni lakon, seni rupa, seni muzik, seni tari dan seni mempertahankan diri)
Tarikh : 22-24 Oktober 2009
Masa : 9.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : DECTAR
Penyelaras : Encik Aajazahmad Mustaqvim


36. Apresiasi Seni Rupa UKM 2009 (Bulanan)
Tarikh : 5 November – 28 Disember 2009
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Galeri Seni
Konsep : Hasil Pelajar Kokurikulum
Penyelaras: Encik Amar Baharudin

37. Bengkel Seni Pentas UKM 2009
Tarikh : 30 November 2009 - 4 Disember 2009
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Panggung Seni UKM
Penyelaras : Puan Rosmalinda Abu Samah


38. Kunjungan Budaya (Lawatan Sambil Belajar) UKM 2009
Tarikh : 5-10 Disember 2009
Tempat : Korea National University of Arts
Penyelaras : Puan Siti Syarina Abdul Khalid


39. Bengkel Manifestasi Budaya UKM 2009
Tarikh : 18 Disember 2009
Tempat : Kompleks Budaya Negeri Melaka
Penyelaras: En. Mohamed Asrof Semin


40. Penyertaan Projek-Projek Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM)
Tarikh : Januari-Disember 2009
Tempat : IPTA Malaysia
Penyelaras : Puan Siti Syarina Abdul Khalid


41. Pertandingan Peringkat-Peringkat Negeri
Tarikh : Januari -Disember 2009
Penyelaras: Puan Siti Syarina Abdul Khalid


42. Persembahan Keliling ARTISUKMA
Tarikh : Januari -Disember 2009
Tempat : Kolej-Kolej, Fakulti dan Luar Kampus
Penyelaras : Encik Roslan Abd. Salam


43. Malam Anugerah Seni UKM 2009
Tarikh : Januari 2010
Tempat : DECTAR UKM
Penyelaras : Puan Hazelina Ghazaly