Memaparkan catatan dengan label Pameran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pameran. Papar semua catatan

Selasa, 28 April 2009

Pameran RASA Alam UKM 2009


13 Mei - 12 Jun 2009
9.30 pagi - 4.30 petang
Galeri Seni & Anjung Seni, DECTAR UKM


Kali ini "Pameran Rasa Alam UKM 2009" akan menampilkan lebih ramai karyawan seni yang terdiri daripada pelajar-pelajar UKM, kakitangan UKM dan pelukis-pelukis jemputan khususnya dari sekitar Lembah Kelang. Para pengkaryanya yang menyandang dengan pelbagai jawatan dan berlainan jabatan di Universiti ini akan mempamerkan karya-karya seni yang pelbagai bentuk dan media untuk tontonan ramai. Terdapat sebilangan besar daripada para karyawan UKM ini telah pun menempa nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan lainnya pula merupakan para pencipta seni yang begitu produktif serta kreatif, cuma mereka ini tidak berkesempatan untuk menampilkan karya-karya mereka kepada umum. Antara karyawan jemputan yang diundang pada tahun ini termasuklah JAAFAR TAIB, MAAMOR JANTAN, ZAFARUDDIN ZAINUDDIN, MOHD RAZIF ZAKARIA, HASAN ABDUL MAJID, SUZLEE IBRAHIM, AZIMIN SHAMSUL MOHD TAZILAN, HAMDZON HARUN, LING PIK KUONG dan ramai lagi.

Di antara jenis karya yang akan dipamerkan termasuklah:

1. Cat minyak
2. Cat air
3. Sketsa
4. Batik
5. Telepuk
6. Arca
7. Ukiran kayu
8. Pastel
9. Krayon
10. Kartun/grafik
11. Cetakan suterasaring
12. Lakaran
13. Fotografi
14. Campuran

Semua dijemput hadir ke Majlis Perasmian yang diadakan seperti berikut:

13 Mei 2009
2.30 petang
Anjung Seni, DECTAR UKM



Pameran 'RASA' Antarabangsa UKM 2008





Jumaat, 27 Februari 2009

Apresiasi Seni (Mac '09) Busana Bangsawan



Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM akan meneruskan lagi pameran bulanan mereka, Apresiasi Seni bagi bulan Mac ’09 dengan temanya Busana Bangsawan. Kali ini, pameran ini akan menampilkan koleksi busana Pusat Kebudayaan bagi golongan bangsawan bagi setiap negeri di Malaysia.

Pameran sebegini diharapkan dapat menarik minat warga kampus khususnya dan masyarakat setempat amnya tentang keunikan pakaian-pakaian tradisional disamping dapat menanam rasa cintakan warisan budaya bangsa.

Semua dijemput melawat ke Apresiasi Seni Mac ’09 (Busana Bangsawan):

5 Mac – 28 April 2009
9.00 pagi – 4.00 petang

Galeri Seni, DECTAR UKM



Rabu, 11 Februari 2009

Kembara Seni ARTISUKMA 2009



Sukacita dimaklumkan bahawa Urusetia ARTISUKMA dan Pusat Kebudayaan JPPel akan mengadakan Kembara Seni ARTISUKMA pada 23 hingga 26 Februari 2009 di paras 4 & 5 Bangunan Pusanika UKM.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan semua ahli kelab kesenian kepada persembahan terbuka untuk dikenali dengan lebih rapat oleh masyarakat kampus. Disamping itu ia juga sebagai langkah promosi yang sihat ke arah kampus yang ceria dan produktif.

Semua dijemput untuk memeriahkan dan mendekati kelab-kelab di bawah Urusetia ARTISUKMA di paras 4 & 5 Bangunan Pusanika UKM dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang pada tarikh-tarikh berikut:

23 Feb 2009
  • * Nasyid
  • * Teater
  • * Koir
  • * Orkestra Tradisional

24 Feb 2009
  • * Tarian
  • * Silat Gayung Fatani
  • * Silat Cekak Hanafi
  • * Dikir Barat

25 Feb 2009
  • * Rebana Ubi/Kompang
  • * Silat Gayung Malaysia
  • * Muzik Gamelan
  • * Silat Cekak Malaysia

26 Feb 2009
  • * Gendang Silat/Angklung
  • * Cak Lempong
  • * Brass Band
  • * Muzik Moden

Rabu, 7 Januari 2009

Apresiasi Seni (January '09) Karikatur & Kartun


Pameran Apresiasi Seni Rupa (Karikatur) UKM 2009 sedang berlangsung dari 7 Januari - 28 Februari 2009 bertempat di Galeri Seni DECTAR, UKM. Antara tujuan pameran ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan tentang seni tampak karikatur di kalangan pelajar-pelajar dan orang ramai di samping menanam minat terhadap bidang ini.

Pelukis dalam dan luar kampus telah menyumbang karya mereka dalam pameran ini. Dijemput beramai-ramai mengunjungi pameran ini yang dibuka dari 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila hubungi penyelaras pameran, En. Amar Baharudin di talian 03-8921 4740 atau email amar@ukm.my.


Isnin, 8 September 2008

Pameran Citra Seni Islam UKM 2008


Pameran yang diadakan sempena sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini menampilkan kepelbagaian motif dan media dalam bidang seni tampak khususnya berkaitan kesenian Islam. Pameran yang diadakan selama lebih dari sebulan ini merupakan anjuran Pusat Kebudayaan (Jabatan Perkhidmatan Pelajar) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Semua dijemput hadir ke Pameran Citra Seni Islam UKM 2008 pada:

Tarikh: 8 September - 28 Oktober 2008
Masa: 9.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Galeri Seni & Anjung Seni, DECTAR UKM

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Cik Siti Norazilah Saharom di talian 012 306 5990.

Selasa, 29 April 2008

UKM 'RASA' International Exhibition 2008



Pameran 'RASA' Antarabangsa UKM 2008.

Universiti Kebangsaan Malaysia will be organizing its annual 'RASA' International Exhibition this May in order to flaunt the diversity of motive and media by local and international artists. It is to encourage young art enthusiasts to continue to strive active and show their works to the community. This exhibition is a suitable place for artists to gather and exchange thoughts and as a field of view on development of visual arts.

Among the art pieces that will be on display includes Paintings, Photographs, Batik Arts, Sculptures and many more handcrafted by painters and arts enthusiasts all over the world. The theme for our exhibition this year is "Nature".


Everyone is invited to present to this exhibition to witness products of famous artists like Eiichi Matuhashi from Japan, Wilhelm Schramm from Austria, Dorothea Fleiss from Germany, Suzlee Ibrahim, Azimin Mohd Tazilan and Saiful Nang from Malaysia.


Details are as follows:


Date : 14th May – 28th June 2008
Time : 9.30 am - 4.30 pm
Venue : Anjung Seni & Galeri Seni, DECTAR, UKM Bangi, Malaysia


For more enquiries:

Mr. Amar Baharudin
Tel : +603 89213171 (Off.) / +6012 6050 013 (Hp)
Fax : +603 89258810
Address :
Cultural Centre, Level 3 DECTAR,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor Malaysia