Memaparkan catatan dengan label Foto. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Foto. Papar semua catatan

Selasa, 28 April 2009

Pameran RASA Alam UKM 2009


13 Mei - 12 Jun 2009
9.30 pagi - 4.30 petang
Galeri Seni & Anjung Seni, DECTAR UKM


Kali ini "Pameran Rasa Alam UKM 2009" akan menampilkan lebih ramai karyawan seni yang terdiri daripada pelajar-pelajar UKM, kakitangan UKM dan pelukis-pelukis jemputan khususnya dari sekitar Lembah Kelang. Para pengkaryanya yang menyandang dengan pelbagai jawatan dan berlainan jabatan di Universiti ini akan mempamerkan karya-karya seni yang pelbagai bentuk dan media untuk tontonan ramai. Terdapat sebilangan besar daripada para karyawan UKM ini telah pun menempa nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan lainnya pula merupakan para pencipta seni yang begitu produktif serta kreatif, cuma mereka ini tidak berkesempatan untuk menampilkan karya-karya mereka kepada umum. Antara karyawan jemputan yang diundang pada tahun ini termasuklah JAAFAR TAIB, MAAMOR JANTAN, ZAFARUDDIN ZAINUDDIN, MOHD RAZIF ZAKARIA, HASAN ABDUL MAJID, SUZLEE IBRAHIM, AZIMIN SHAMSUL MOHD TAZILAN, HAMDZON HARUN, LING PIK KUONG dan ramai lagi.

Di antara jenis karya yang akan dipamerkan termasuklah:

1. Cat minyak
2. Cat air
3. Sketsa
4. Batik
5. Telepuk
6. Arca
7. Ukiran kayu
8. Pastel
9. Krayon
10. Kartun/grafik
11. Cetakan suterasaring
12. Lakaran
13. Fotografi
14. Campuran

Semua dijemput hadir ke Majlis Perasmian yang diadakan seperti berikut:

13 Mei 2009
2.30 petang
Anjung Seni, DECTAR UKM



Pameran 'RASA' Antarabangsa UKM 2008





Selasa, 29 April 2008

Seminar & Bengkel Seni Tampak UKM 2008 (Seni Foto)

Antara langkah UKM untuk menyediakan satu panduan penghasilan karya kreatif dalam bidang seni foto di samping mencungkil bakat peserta dalam bidang seni foto. Selain itu ia juga diharap dapat mendedahkan teknik-teknik pembelajaran yang mudah difahami mengenai kesenian dan kebudayaan, berasaskan Kebudayaan Kebangsaan kepada ahli-ahli kelab kesenian UKM.

Di antara isi kandungan program bengkel seni foto ini adalah:

Ceramah "Seni Foto: Hobi, Rezeki dan Terapi Kesihatan Peluang"
Ceramah "Seni Foto: Kerjaya, Peluang dan Mencipta Pekerjaan"
...serta bengkel-bengkel yang akan diadakan di sekitar UKM, Bangi.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan UKM serta masyarakat umum yang berminat.

Seminar & Bengkel Seni Tampak UKM 2008 (Seni Foto) akan diadakan pada:

Tarikh: 10 - 12 Mei 2008
Tempat: Studio Tarian Pusat Kebudayaan, DECTAR, UKM
Masa: 8.00 am - 5.00 pm

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Zaiton Hasan di talian 03-89213083 atau 019-330 7745.