Jumaat, 29 Ogos 2008

Sambutan Ambang Merdeka UKM 2008




Program ini dianjurkan khusus untuk menyemai semangat cintakan negara di kalangan warga universiti, khususnya kepada para mahasiswa di samping mengimbau kembali perjuangan oleh wira-wira tanahair kita. Bersempena dengan itu diadakan tayangan filem "1957: Hati Malaya" dan disusuli dengan Sambutan Ambang Merdeka peringkat UKM.

Tarikh: 30 Ogos 2008 (Sabtu)
Masa: 8.30 malam
Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM

Sila klik untuk lihat atur cara.

Semua warga UKM dijemput hadir. Masuk adalah percuma.

Jumaat, 15 Ogos 2008

Konsert Gamelan Malaysia UKM 2008


Diantara objektif diadakan Konsert Gamelan Malaysia UKM ini adalah untuk memperkembang dan mempertingkatkan status muzik gamelan di kalangan muzik tradisioanl Malaysia serta memperluaskan apresiasi terhadap muzik ini di kalangan masyarakat Malaysia. Selain dapat menyelaras dan menyeragamkan teknik-teknik permainan Gamelan Malaysia, konsert ini juga diadakan bersempena Perayaan Kemerdekaan malaysia yang ke-51.

Konsert ini terbuka kepada semua yang berminat dan masuk adalah percuma. Datang beramai-ramai ke Konsert Gamelan Malaysia UKM 2008 pada:

Tarikh: 22 Ogos 2008 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Panggung Seni, DECTAR UKM

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Adzan: 013 393 1393.

Khamis, 7 Ogos 2008

Th 6th ASEAN Youth Cultural Forum




ASEAN University Network berpusat di Chulalongkorn University, Bangkok, Thailand telah memilih Vietnam National University – Ho Chi Minh menjadi tuan rumah bagi 6th ASEAN Youth Cultural Forum yang akan diadakan pada 28 Julai – 2 Ogos 2008.

Matlamat utama 6th ASEAN Youth Cultural Forum adalah untuk memberi pengalaman dan pengetahuan yang mendalam kepada peserta mengenai kebudayaan negara-negara anggota ASEAN dan memberi harapan kepada belia-belia bekerjasama kea rah intergrasi ASEAN.



Sepanjang persidangan ini, banyak program yang telah diaturkan bagi mengisi enam (6) hari berada di sana. Para perwakilan dari Univerversiti Kebangsaan Malaysia terdiri daripada lima (5) pelajar, seorang pensyarah dan seorang pegawai pengiring telah dipilih. Diharapkan melalui penyertaan UKM, khususnya pelajar UKM akan memberi sumbangan dan faedah kepada seluruh warga university dan seterusnya negara.




Selasa, 5 Ogos 2008

Malam Puisi Nusantara UKM 2008 & Sayembara Deklamasi Puisi MAKUM 2008


Puisi lahir dari perasaan dan fikiran manusia, kerana itu ia mencerminkan orang dan masyarakat yang melahirkan puisi itu. Puisi-puisi yang terdapat meninggalkan kesan yang mendalam dan mengharukan jiwa pendengar menggambarkan kepada kita masyarakat Melayu tradisi yang bersifat sopan santun, bertata tertib dan berperasaan halus serta memiliki daya cipta yang kreatif untuk menghasilkan puisi-puisi yang bermutu tinggi.

Oleh itu, Pusat Kebudayaan mengambil kesempatan mengadakan Malam Puisi Nusantara UKM 2008 dan Sayembara Deklamasi Puisi MAKUM 2008 bagi memberi pengetahuan kepada pencinta sastera lisan di kalangan masyarakat kampus mengenai puisi di kalangan masyarakat negara-negara Nusantara. Selain itu, diharapkan ia dapat mengeratkan perhubungan silaturrahim di kalangan masyarakat negara Nusantara atau ASEAN.


Malam Puisi Nusantara UKM 2008

Senarai jemputan pendeklamasi kali ini termasuklah Datuk Dr. A. Samad Said (Mas), Encik Jose Rizal Manua (Ind), Dr. Wan Zawawi (Mas), Encik Djamal Tukimin (Sin), Encik Asep Sambodja (Ind), Encik Anthony Gonzaga (Phi) dan Encik Zefri Arif (Bru).

Majlis ini dibuka kepada semua untuk hadir pada:

Tarikh: 16 Ogos 2008
Masa: 8.30 malam
Tempat: Panggung Seni


Sayembara Deklamasi Puisi MAKUM 2008

Pertandingan ini akan melibatkan IPTA-IPTA seluruh Malaysia di mana sebanyak 17 buah universiti akan bertanding bagi merebut gelaran juara. Pertandingan ini diharapkan dapat mencungkil bakat di kalangan mahasiswa dalam pentas puisi.

Pertandingan ini akan berlangsung pada:

Tarikh: 17 Ogos 2008
Masa: 2.00 petang (sesi 1) & 8.00 malam (sesi 2)
Tempat: Panggung Seni





Sila hubungi Cik Faliza Hanim di talian +603-89215342 untuk sebarang maklumat lanjut.