Memaparkan catatan dengan label Makum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makum. Papar semua catatan

Selasa, 5 Ogos 2008

Malam Puisi Nusantara UKM 2008 & Sayembara Deklamasi Puisi MAKUM 2008


Puisi lahir dari perasaan dan fikiran manusia, kerana itu ia mencerminkan orang dan masyarakat yang melahirkan puisi itu. Puisi-puisi yang terdapat meninggalkan kesan yang mendalam dan mengharukan jiwa pendengar menggambarkan kepada kita masyarakat Melayu tradisi yang bersifat sopan santun, bertata tertib dan berperasaan halus serta memiliki daya cipta yang kreatif untuk menghasilkan puisi-puisi yang bermutu tinggi.

Oleh itu, Pusat Kebudayaan mengambil kesempatan mengadakan Malam Puisi Nusantara UKM 2008 dan Sayembara Deklamasi Puisi MAKUM 2008 bagi memberi pengetahuan kepada pencinta sastera lisan di kalangan masyarakat kampus mengenai puisi di kalangan masyarakat negara-negara Nusantara. Selain itu, diharapkan ia dapat mengeratkan perhubungan silaturrahim di kalangan masyarakat negara Nusantara atau ASEAN.


Malam Puisi Nusantara UKM 2008

Senarai jemputan pendeklamasi kali ini termasuklah Datuk Dr. A. Samad Said (Mas), Encik Jose Rizal Manua (Ind), Dr. Wan Zawawi (Mas), Encik Djamal Tukimin (Sin), Encik Asep Sambodja (Ind), Encik Anthony Gonzaga (Phi) dan Encik Zefri Arif (Bru).

Majlis ini dibuka kepada semua untuk hadir pada:

Tarikh: 16 Ogos 2008
Masa: 8.30 malam
Tempat: Panggung Seni


Sayembara Deklamasi Puisi MAKUM 2008

Pertandingan ini akan melibatkan IPTA-IPTA seluruh Malaysia di mana sebanyak 17 buah universiti akan bertanding bagi merebut gelaran juara. Pertandingan ini diharapkan dapat mencungkil bakat di kalangan mahasiswa dalam pentas puisi.

Pertandingan ini akan berlangsung pada:

Tarikh: 17 Ogos 2008
Masa: 2.00 petang (sesi 1) & 8.00 malam (sesi 2)
Tempat: Panggung Seni





Sila hubungi Cik Faliza Hanim di talian +603-89215342 untuk sebarang maklumat lanjut.

Isnin, 17 Mac 2008

Keputusan Pertandingan Boria MAKUM 2008

Tahniah dan setinggi penghargaan kepada Urusetia ARTISUKMA Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar kerana memenangi Anugerah Persembahan Sketsa Terbaik dan Naib Johan Pertandingan Boria Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) yang telah diadakan pada 14 - 16 Mac 2008 di Universiti Sains Malaysia (USM).

Khamis, 13 Mac 2008

Festival Boria MAKUM 2008

Kumpulan Boria ARTISUKMA UKM akan bertanding di Festival Boria MAKUM 2008 yang bertempat di Auditorium Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia, (USM) Pulau Pinang. Festival yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 14 Mac hingga 16 Mac 2008 akan mempertandingkan 10 buah kumpulan dari IPTA-IPTA seluruh Malaysia.

Semoga berjaya!

Khamis, 3 Januari 2008

Kumpulan Dikir Barat Tunas Warisan ARTISUKMA UKM Johan Pertandingan Dikir Barat MAKUM 2007

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Dikir Barat Tunas Warisan ARTISUKMA UKM kerana berjaya merangkul gelaran JOHAN yang membawa pulang Piala Pusingan, Piala Iringan dan Wang Tunai sebanyak RM3000.00 dan Tukang Karut Terbaik (Saudara Mohd Zahari bin Sa’amah, FSSK tahun 3, Program Kebudayaan dan Kesenian Melayu) bersama Wang Tunai RM500.00 sempena Pertandingan Dikir Barat Peringkat MAKUM 2007 yang diadakan pada 26-27 Disember 2007 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Manakala Naib Johan disandang oleh Universiti Malaya (UM) dan Tempat Ketiga adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pertandingan tersebut disertai oleh 14 buah IPTA di Malaysia. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Terengganu mewakili Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.