Khamis, 3 Januari 2008

Kumpulan Dikir Barat Tunas Warisan ARTISUKMA UKM Johan Pertandingan Dikir Barat MAKUM 2007

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Dikir Barat Tunas Warisan ARTISUKMA UKM kerana berjaya merangkul gelaran JOHAN yang membawa pulang Piala Pusingan, Piala Iringan dan Wang Tunai sebanyak RM3000.00 dan Tukang Karut Terbaik (Saudara Mohd Zahari bin Sa’amah, FSSK tahun 3, Program Kebudayaan dan Kesenian Melayu) bersama Wang Tunai RM500.00 sempena Pertandingan Dikir Barat Peringkat MAKUM 2007 yang diadakan pada 26-27 Disember 2007 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Manakala Naib Johan disandang oleh Universiti Malaya (UM) dan Tempat Ketiga adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pertandingan tersebut disertai oleh 14 buah IPTA di Malaysia. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Terengganu mewakili Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

1 ulasan:

mieyna berkata...

tahniah saya ucapkan kepada semua ahli kelab dikir barat tunas warisan artisukma yang merangkul kejuaraan dalam pertandingan dikir barat MAKUM 2007 dan ini merupakan satu sejarah buat kelab dikir barat tunas warisan artisukma dalam penglibatan kejohanan dikir barat peringkat MAKUM, tahniah & syabas saya rakamkan sekali lagi buat semua dalam merealisasikan kejayaan kami khususnya semua ahli yang telah memberi komitmen yang sepenuhnya dalam menjayakan progrem Latihan Intensif MAKUM & inilah hasilnya, sekalung penghargaan di tujukan kepada TNC HEPA yang banyak memberi sokongan moral kepada kami, tidak lupa juga Pusat Kebudayaan UKM yang banyak memberi kemudahan kepada kami selama ini dalam merealisasikan impian Universiti Kebangsaan Malaysia dalam memartabatkan kesenian khususnya dikir barat di peringkat yang lebih tinggi....tahniah kepada semua!