Memaparkan catatan dengan label Dikir Barat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dikir Barat. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Januari 2009

Konsert Dikir Barat UKM 2009



Pusat Kebudayaan dan Kelab Dikir Barat Tunas Warisan ARTISUKMA akan mengadakan Konsert Dikir Barat UKM 2009 bagi menyambung tradisi acara tahunan yang gilang gemilang ini. Kali ini Kelab Tunas Warisan akan berkolaborasi dengan Kumpulan Sri Perindu dari UiTM Shah Alam dalam satu persembahan khas.

Antara pendikir jemputan pada malam itu adalah:
  • Meli Mahligai
  • Jen Endoro
  • Azmi Intan Berlian
  • Ismail Baju Jarang
  • Shabini
Konsert ini terbuka kepada semua dan masuk adalah percuma. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk berdikir di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM pada 24 Januari 2009, jam 8.00 malam.

Jom pakat mari ramai-ramai kito kelih konsert dikir barat!


Khamis, 13 Mac 2008

Festival Seni UKM 2008


Pusat Kokurikulum telah menawarkan lebih 30 kursus kesenian di bawah program Kokurikulum Kesenian. Antara kursus yang ditawarkan adalah bidang Seni Lakon/Teater, Seni Rupa/Tampak, Seni Muzik, Seni Tari, Seni Suara/Vokal dan Seni Beladiri.

Festival Seni UKM 2008 ini diadakan bagi menilai prestasi amali pelajar-pelajar program Kokurikulum Kebudayaan dan Kesenian selain memberikan penekanan terhadap mahasiswa tentang kepentingan mengimbangkan aktiviti akademik dengan aktiviti kesenian. Ia juga diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada mahasiswa tentang kepentingan memelihar budaya dan kesenian warisan bangsa di samping mengeratkan silaturahin antara mahasiswa dan warga UKM.

Festival ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 10 April hingga 12 April 2008. Di antara jadual pengisian program yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

Pameran Seni Tampak
Tarikh : 10-12 April 2008
Masa : 10.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Aras 3, Pusanika UKM

Pementasan Teater
Tarikh : 10 April 2008
Masa : 8.30 malam - 10.30 malam
Tempat : Panggung Seni, UKM

Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri
Tarikh : 11 April 2008
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat : Aras 4, Pusanika UKM

Persembahan Pentas (Muzik, dan Tarian)
Tarikh : 12 April 2008
Masa : 8.30 malam - 10.30 malam
Tempat : DECTAR UKM

Jumaat, 18 Januari 2008

Malam Kesenian Pantai Timur

Click on the image to enlarge.


Dikir Barat merupakan salah satu daripada kebudayaan dan kesenian yang amat popular terdapat di negeri pantai timur terutamanya di Kelantan. Pusat Kebudayaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) ingin meningkatkan martabat kesenian dikir barat dan rasa sayang dan menghargai khazanah seni budaya bangsa yang seterusnya dapat menyuburkan lagi kebudayaan kebangsaan.

Sehubungan dengan ini, kami mengambil kesempatan untuk mengadakan "Malam Kesenian Pantai Timur UKM 2008" yang diadakan untuk kali kelima. Bagi mempersembahkan pelbagai kesenian dari Pantai Timur seperti Dikir Barat, Muzik Wayang Kulit, Rebana Ubi, Kertuk dan tarian Mak Yong sebagai lambang kebudayaan bangsa melayu.

Semua dijemput hadir ke Malam Kesenian Pantai Timur UKM 2008 yang akan diadakan pada:

Tarikh : 26 Januari 2008 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)

Masuk adalah percuma!

Khamis, 3 Januari 2008

Kumpulan Dikir Barat Tunas Warisan ARTISUKMA UKM Johan Pertandingan Dikir Barat MAKUM 2007

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Dikir Barat Tunas Warisan ARTISUKMA UKM kerana berjaya merangkul gelaran JOHAN yang membawa pulang Piala Pusingan, Piala Iringan dan Wang Tunai sebanyak RM3000.00 dan Tukang Karut Terbaik (Saudara Mohd Zahari bin Sa’amah, FSSK tahun 3, Program Kebudayaan dan Kesenian Melayu) bersama Wang Tunai RM500.00 sempena Pertandingan Dikir Barat Peringkat MAKUM 2007 yang diadakan pada 26-27 Disember 2007 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Manakala Naib Johan disandang oleh Universiti Malaya (UM) dan Tempat Ketiga adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pertandingan tersebut disertai oleh 14 buah IPTA di Malaysia. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Terengganu mewakili Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.