Memaparkan catatan dengan label Pertunjukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pertunjukan. Papar semua catatan

Rabu, 11 Februari 2009

Kembara Seni ARTISUKMA 2009



Sukacita dimaklumkan bahawa Urusetia ARTISUKMA dan Pusat Kebudayaan JPPel akan mengadakan Kembara Seni ARTISUKMA pada 23 hingga 26 Februari 2009 di paras 4 & 5 Bangunan Pusanika UKM.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan semua ahli kelab kesenian kepada persembahan terbuka untuk dikenali dengan lebih rapat oleh masyarakat kampus. Disamping itu ia juga sebagai langkah promosi yang sihat ke arah kampus yang ceria dan produktif.

Semua dijemput untuk memeriahkan dan mendekati kelab-kelab di bawah Urusetia ARTISUKMA di paras 4 & 5 Bangunan Pusanika UKM dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang pada tarikh-tarikh berikut:

23 Feb 2009
  • * Nasyid
  • * Teater
  • * Koir
  • * Orkestra Tradisional

24 Feb 2009
  • * Tarian
  • * Silat Gayung Fatani
  • * Silat Cekak Hanafi
  • * Dikir Barat

25 Feb 2009
  • * Rebana Ubi/Kompang
  • * Silat Gayung Malaysia
  • * Muzik Gamelan
  • * Silat Cekak Malaysia

26 Feb 2009
  • * Gendang Silat/Angklung
  • * Cak Lempong
  • * Brass Band
  • * Muzik Moden

Selasa, 5 Ogos 2008

Malam Puisi Nusantara UKM 2008 & Sayembara Deklamasi Puisi MAKUM 2008


Puisi lahir dari perasaan dan fikiran manusia, kerana itu ia mencerminkan orang dan masyarakat yang melahirkan puisi itu. Puisi-puisi yang terdapat meninggalkan kesan yang mendalam dan mengharukan jiwa pendengar menggambarkan kepada kita masyarakat Melayu tradisi yang bersifat sopan santun, bertata tertib dan berperasaan halus serta memiliki daya cipta yang kreatif untuk menghasilkan puisi-puisi yang bermutu tinggi.

Oleh itu, Pusat Kebudayaan mengambil kesempatan mengadakan Malam Puisi Nusantara UKM 2008 dan Sayembara Deklamasi Puisi MAKUM 2008 bagi memberi pengetahuan kepada pencinta sastera lisan di kalangan masyarakat kampus mengenai puisi di kalangan masyarakat negara-negara Nusantara. Selain itu, diharapkan ia dapat mengeratkan perhubungan silaturrahim di kalangan masyarakat negara Nusantara atau ASEAN.


Malam Puisi Nusantara UKM 2008

Senarai jemputan pendeklamasi kali ini termasuklah Datuk Dr. A. Samad Said (Mas), Encik Jose Rizal Manua (Ind), Dr. Wan Zawawi (Mas), Encik Djamal Tukimin (Sin), Encik Asep Sambodja (Ind), Encik Anthony Gonzaga (Phi) dan Encik Zefri Arif (Bru).

Majlis ini dibuka kepada semua untuk hadir pada:

Tarikh: 16 Ogos 2008
Masa: 8.30 malam
Tempat: Panggung Seni


Sayembara Deklamasi Puisi MAKUM 2008

Pertandingan ini akan melibatkan IPTA-IPTA seluruh Malaysia di mana sebanyak 17 buah universiti akan bertanding bagi merebut gelaran juara. Pertandingan ini diharapkan dapat mencungkil bakat di kalangan mahasiswa dalam pentas puisi.

Pertandingan ini akan berlangsung pada:

Tarikh: 17 Ogos 2008
Masa: 2.00 petang (sesi 1) & 8.00 malam (sesi 2)
Tempat: Panggung Seni





Sila hubungi Cik Faliza Hanim di talian +603-89215342 untuk sebarang maklumat lanjut.

Khamis, 13 Mac 2008

Festival Seni UKM 2008


Pusat Kokurikulum telah menawarkan lebih 30 kursus kesenian di bawah program Kokurikulum Kesenian. Antara kursus yang ditawarkan adalah bidang Seni Lakon/Teater, Seni Rupa/Tampak, Seni Muzik, Seni Tari, Seni Suara/Vokal dan Seni Beladiri.

Festival Seni UKM 2008 ini diadakan bagi menilai prestasi amali pelajar-pelajar program Kokurikulum Kebudayaan dan Kesenian selain memberikan penekanan terhadap mahasiswa tentang kepentingan mengimbangkan aktiviti akademik dengan aktiviti kesenian. Ia juga diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada mahasiswa tentang kepentingan memelihar budaya dan kesenian warisan bangsa di samping mengeratkan silaturahin antara mahasiswa dan warga UKM.

Festival ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 10 April hingga 12 April 2008. Di antara jadual pengisian program yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

Pameran Seni Tampak
Tarikh : 10-12 April 2008
Masa : 10.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Aras 3, Pusanika UKM

Pementasan Teater
Tarikh : 10 April 2008
Masa : 8.30 malam - 10.30 malam
Tempat : Panggung Seni, UKM

Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri
Tarikh : 11 April 2008
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat : Aras 4, Pusanika UKM

Persembahan Pentas (Muzik, dan Tarian)
Tarikh : 12 April 2008
Masa : 8.30 malam - 10.30 malam
Tempat : DECTAR UKM

Festival Seni UKM 2008


SINOPSIS CERITA 'ARA' (Hantu)

HANTU merupakan sebuah teater komedi seram yang berbentuk realisme yang mengetengahkan isu pencerobohan sebagai pokok persoalan

Ia mengisahkan tentang kawasan yang diceroboh manusia bagi tujuan pembangunan. Kawasan berkenaan diduduki oleh hantu-hantu yang menjadi penduduk tetap di situ. Oleh kerana kawasan berkenaan ini dibangunkan maka ia telah dibersihkan kecuali sebatang pokok ara yang sangat susah untuk ditumbangkan.

Seorang kontraktor binaan yang terlampau tamak mengaut keuntungan daripada sikap yang angkuh dan tidak mahu mendengar nasihat orang lain. Beliau telah mengambil langkah untuk menghapuskan pokok ara berkenaan.

Pelbagai peristiwa terjadi dalam usaha kontraktor berkenaan untuk menghapuskan pokok ara itu. Apakah tindakan hantu-hantu setelah mengetahui kawasan perumahan mereka dicerobohi manusia? Dapatkah pokok ara dihapuskan? Apakah yang akan terjadi pada tapak projek berkenaan????


Semua dijemput hadir bagi menyaksikan Pementasan Teater 'Ara' seperti berikut:

Tempat : 21 - 22 Mac 2008
Masa : 8.30 malam
Tempat : Pangung Seni, DECTAR, UKM

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Kebudayaan, Cik Noor Faliza Hanim Roslan di talian 017 2366 521. Masuk adalah pecuma.

Jumaat, 18 Januari 2008

Malam Kesenian Pantai Timur

Click on the image to enlarge.


Dikir Barat merupakan salah satu daripada kebudayaan dan kesenian yang amat popular terdapat di negeri pantai timur terutamanya di Kelantan. Pusat Kebudayaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) ingin meningkatkan martabat kesenian dikir barat dan rasa sayang dan menghargai khazanah seni budaya bangsa yang seterusnya dapat menyuburkan lagi kebudayaan kebangsaan.

Sehubungan dengan ini, kami mengambil kesempatan untuk mengadakan "Malam Kesenian Pantai Timur UKM 2008" yang diadakan untuk kali kelima. Bagi mempersembahkan pelbagai kesenian dari Pantai Timur seperti Dikir Barat, Muzik Wayang Kulit, Rebana Ubi, Kertuk dan tarian Mak Yong sebagai lambang kebudayaan bangsa melayu.

Semua dijemput hadir ke Malam Kesenian Pantai Timur UKM 2008 yang akan diadakan pada:

Tarikh : 26 Januari 2008 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)

Masuk adalah percuma!