Selasa, 5 Ogos 2008

Malam Puisi Nusantara UKM 2008 & Sayembara Deklamasi Puisi MAKUM 2008


Puisi lahir dari perasaan dan fikiran manusia, kerana itu ia mencerminkan orang dan masyarakat yang melahirkan puisi itu. Puisi-puisi yang terdapat meninggalkan kesan yang mendalam dan mengharukan jiwa pendengar menggambarkan kepada kita masyarakat Melayu tradisi yang bersifat sopan santun, bertata tertib dan berperasaan halus serta memiliki daya cipta yang kreatif untuk menghasilkan puisi-puisi yang bermutu tinggi.

Oleh itu, Pusat Kebudayaan mengambil kesempatan mengadakan Malam Puisi Nusantara UKM 2008 dan Sayembara Deklamasi Puisi MAKUM 2008 bagi memberi pengetahuan kepada pencinta sastera lisan di kalangan masyarakat kampus mengenai puisi di kalangan masyarakat negara-negara Nusantara. Selain itu, diharapkan ia dapat mengeratkan perhubungan silaturrahim di kalangan masyarakat negara Nusantara atau ASEAN.


Malam Puisi Nusantara UKM 2008

Senarai jemputan pendeklamasi kali ini termasuklah Datuk Dr. A. Samad Said (Mas), Encik Jose Rizal Manua (Ind), Dr. Wan Zawawi (Mas), Encik Djamal Tukimin (Sin), Encik Asep Sambodja (Ind), Encik Anthony Gonzaga (Phi) dan Encik Zefri Arif (Bru).

Majlis ini dibuka kepada semua untuk hadir pada:

Tarikh: 16 Ogos 2008
Masa: 8.30 malam
Tempat: Panggung Seni


Sayembara Deklamasi Puisi MAKUM 2008

Pertandingan ini akan melibatkan IPTA-IPTA seluruh Malaysia di mana sebanyak 17 buah universiti akan bertanding bagi merebut gelaran juara. Pertandingan ini diharapkan dapat mencungkil bakat di kalangan mahasiswa dalam pentas puisi.

Pertandingan ini akan berlangsung pada:

Tarikh: 17 Ogos 2008
Masa: 2.00 petang (sesi 1) & 8.00 malam (sesi 2)
Tempat: Panggung Seni





Sila hubungi Cik Faliza Hanim di talian +603-89215342 untuk sebarang maklumat lanjut.

Tiada ulasan: