Memaparkan catatan dengan label Konsert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Konsert. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Januari 2009

Konsert Dikir Barat UKM 2009



Pusat Kebudayaan dan Kelab Dikir Barat Tunas Warisan ARTISUKMA akan mengadakan Konsert Dikir Barat UKM 2009 bagi menyambung tradisi acara tahunan yang gilang gemilang ini. Kali ini Kelab Tunas Warisan akan berkolaborasi dengan Kumpulan Sri Perindu dari UiTM Shah Alam dalam satu persembahan khas.

Antara pendikir jemputan pada malam itu adalah:
  • Meli Mahligai
  • Jen Endoro
  • Azmi Intan Berlian
  • Ismail Baju Jarang
  • Shabini
Konsert ini terbuka kepada semua dan masuk adalah percuma. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk berdikir di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM pada 24 Januari 2009, jam 8.00 malam.

Jom pakat mari ramai-ramai kito kelih konsert dikir barat!


Jumaat, 15 Ogos 2008

Konsert Gamelan Malaysia UKM 2008


Diantara objektif diadakan Konsert Gamelan Malaysia UKM ini adalah untuk memperkembang dan mempertingkatkan status muzik gamelan di kalangan muzik tradisioanl Malaysia serta memperluaskan apresiasi terhadap muzik ini di kalangan masyarakat Malaysia. Selain dapat menyelaras dan menyeragamkan teknik-teknik permainan Gamelan Malaysia, konsert ini juga diadakan bersempena Perayaan Kemerdekaan malaysia yang ke-51.

Konsert ini terbuka kepada semua yang berminat dan masuk adalah percuma. Datang beramai-ramai ke Konsert Gamelan Malaysia UKM 2008 pada:

Tarikh: 22 Ogos 2008 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Panggung Seni, DECTAR UKM

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Adzan: 013 393 1393.

Isnin, 25 Februari 2008

Konsert Amal SUKMANITA



Berhibur sambil beramal di Konsert Amal SUKMANITA anjuran Persatuan Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKMANITA) yang akan diadakan pada:

Tarikh: 8 Mac 2008
Masa: 8.30 malam
Tempat: Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM Bangi
Artis Jemputan:
  • Fazli Zainal
  • Suffian (Saujana)
  • Yassin
  • Waheeda
  • Aisyah
  • Ramlah Ram
  • Amy (Search)

Sumbangan dan derma boleh dibuat atas nama "TABUNG KEBAJIKAN DAN PELAJARAN SUKMANITA". Sebarang pertanyaan, sila hubungi

03-8921 5103 (Hadzlan)
013-383 9251 (Mimi Nora)
012-2605143 (Norita)
013-639 2660 (Wan Khadijah)

Laman Web SUKMANITA