Khamis, 31 Januari 2008

Apresiasi Kesenian Malaysia Indonesia (Lawatan sambil belajar)

Pusat Kebudayaan UKM dan Urusetia ARTISUKMA akan mengadakan Kunjungan Budaya ke Universitas Indonesia dan Universitas Negeri Jakarta Indonesia pada 13 - 19 Febuari 2008.

Di antara objektif program ini diadakan adalah:

  • Memperkenalkan kebudayaan Malaysia di Indonesia
  • Bertukar-tukar fiiran dengan pelajar-pelajar Universitas Indonesia dan Universitas Negeri Jakarta Indonesia demi kepentingan bersama dalam bidang kebudayaan dan kesenian.
  • Memberi pendedahan kepada ahli-ahli kesenian ARTISUKMA Universiti Kebangsaan Malaysia dalam perkembangan kesenian serantau.


  • Delegasi ini akan disertai oleh 5 orang pegawai universiti yang diketuai oleh Y.Bhg Prof. Dato' Dr. Wahid Samsudin, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni) dan 35 orang pelajar. Di antara pengisian program adalah diskusi mengenai kebudayaan dan kesenian dan pertukaran persembahan kebudayaan.

    1 ulasan:

    Tunas Warisan Artisukma UKM berkata...

    diharap pada masa hadapan lawatan seumpama ini dibuka secara meluas dan adil kepada semua persatuan kebudayaan di pusat kebudayaan.tidak hanya kepada sesuatu kelab sahaja bagi menimba pengalaman ke luar negara..seharusnya kelab yang berjaya membawa nama UKM haruslah dipandang tinggi bukan hanya bersandarkan kepada kroni..diharap pusat kebudayaan lebih telus didalam hal ini.