Isnin, 7 April 2008

Seminar & Bengkel Seni Mempertahankan Diri UKM 2008 (Jurus Tunggal)

Tarikh: 10 Mei hingga 12 Mei 2008
Masa: 8.00 pagi - 11.00 malam
Tempat: Dectar, UKM Bangi


Cara Penyertaan

Pelajar-pelajar yang ingin menyertai Seminar & Bengkel ini perlu mengisi borang yang disertakan dan memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  • Telah mempelajari pelajaran peringkat asas dalam perguruan masing-masing.
  • Mempunyai minat yang mendalam untuk menambah pengetahuan dalam ilmu seni silat.
  • Mempunyai inisiatif untuk memajukan diri ke arah pertandingan seni silat khasnya dalam Pertandingan Jurus Tunggal.
Borang penyertaan boleh didapati di Pusat Kebudayaan UKM dan perlu dikembalikan selewat-lewatnya pada 30 April 2008 ke Pusat Kebudayaan UKM, Aras 2 DECTAR, UKM, Bangi.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Urusetia:
1. Encik Abd. Salam
Tel: 03-89215343 / 017-6380338
2. Zainuddin Abd Karim
Tel: 03-89215342
atau boleh terus datang ke pejabat Pusat Kebudayaan UKM untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan: