Rabu, 11 Mac 2009

Pesta Pantun UKM 2009




Pantun merupakan salah satu genre puisi yang popular di kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, genre ini telah mula dilupai khususnya di kalangan golongan remaja yang terpengaruh dengan budaya kuning yang tersebar luas. Menyedari hakikat ini Pusat Kebudayaan UKM akan mengadakan Pesta Pantun UKM 2009.

Pantun spontan akan dijalankan dengan mengetengahkan konsep komunikasi seharian dalam bentuk pantun. Konsep perlaksanaannya tidak sama dengan konsep pertandingan pantun biasa. Tema yang digunapakai pada tahun ini adalah "Siswa Tunggak Warisan Budaya".

Pertandingan di antara kolej kediaman UKM ini akan berkampung di Panggung Seni, DECTAR UKM selama empat hari bermula 13 hingga 16 Mac ini. Semua dijemput hadir bagi memriahkan lagi Pesta Pantun UKM 2009.

Peringkat Kumpulan (1)
13 Mac 2009 | 3.30 ptg - 11 mlm

Peringkat Kumpulan (2)
14 Mac 2009 | 9.00 pg - 5.00 ptg

Peringkat Suku Akhir
14 Mac 2009 | 8.00 mlm - 12 mlm

Peringkat Separuh Akhir
15 Mac 2009 | 3.00 ptg - 5.00 ptg

Penentuan Tempat ke-3 & ke-4
15 Mac 2009 | 8.30 mlm - 9.30 mlm

Peringkat Akhir & Majlis Penutup
16 Mac 2009 | 8.30 mlm - 11.30 mlm

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Zaiton Hasan di talian 03-8921 3083 atau hzaiton@ukm.my.

Tiada ulasan: