Memaparkan catatan dengan label Pengacara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengacara. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Februari 2009

Mesyuarat Kelab Pengacara Majlis ARTISUKMA

Kelab Pengacara Majlis ARTISUKMA UKM akan mengadakan mesyuaratpertama bagi semester ini bagi membincangkan hal-hal seperti di dalam agenda di bawah. Maklumat mesyuarat adalah seperti berikut:

Mesyuarat Kelab Pengacara Majlis ARTISUKMA UKM
17 Februari 2009 (Selasa)
9.30 malam
Bilik Mesyuarat Pusat Kebudayaan UKM

Antara agenda mesyuarat adalah:
  • Peraturan
    - Beretika dalam berpakaian
    - Memberi komitmen
    - Konsisten terhadap tugas
    - Memberi kerjasama antara ahli
    - Hormat antara satu sama lain
  • Logo dan slogan
  • Yuran keahlian
  • Nama kelab
  • Pendaftaran nama kelab di bawah Persatuan ARTISUKMA
  • Aktiviti
  • Hal-hal lain
Semua yang berminat untuk menyertai kelab Pengacara Majlis ARTISUKMA UKM digalakkan hadir.

Khamis, 10 Julai 2008

Mesyuarat Pertama Kelab Pengacara ARTISUKMA



Mesyuarat Pertama Kelab Pengacara Artisukma akan diadakan bagi membincangkan pembentukan kelab baru itu. Diantara agendanya termasuklah nama kelab, pengstrukturan organisasi, perancangan aktiviti tahunan, jadual latihan/perjumpaan dan kertas kerja penubuhan.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Encik Amar Baharudin itu akan diadakan pada:

Tarikh: 15 Julai 2008 (Selasa)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Bilik Pratonton, DECTAR

Semua ahli dan mereka yang berminat untuk menjadi ahli dialu-alukan untuk hadir ke mesyuarat ini.